Ahad, 25 Februari 2018

RNR SUNGAI BULOH


Assalammulaikum hyea korang kali ini lisa nak bawak korang pergi makan kat
RNR sungai buloh.


korang mesti pernah dengar sate kajangkan tapi dekat sini sate kajang dia sedap gila sampai kami  terpaksa beratur panjang dan bukan senang korang nak dapatkan sate kajang di RNR,
tetapi sate kajang ini berada di RNR sungai buloh je taw nak tahu lagi lanjut jom kita tengok kat bawah lagi.


kalau korang nampak dekat dalam rak besi itu mereka akan menyimpan makanan yang telah dihantar daripada kilang dan diletakkan disitu untuk dihidangkan kepada setiap pelangan yang lain.


bukan sahaja sate taw yang ada kat sini nasi impit dengan kuah kacang pun ada lepas ini tak payah dah tunggu hari raya terus datang sini


sebelum makanan sampai kita bergambar dulu, kalau korang nak tahu dekat sini sate dia satu cucuk baru sahaja 0.98 sen taw kira kami makan tak sampai 20 riggit pun. 


makanan kami dah sampai tengok tu semua tak sabar nak makan hahaha 😅, dekat sini korang boleh rasa sate ayam , daging , rusa dan arnab pun ada taw, tapi kami cuma ambil sate ayam jelah sebab kawan kami ada yang india jadi kami kena hormat kepercayaan mereka. nak tahu lagi jom kita tengok kat bawah lagi 


ini menu satay banyakkan , siap dengan harga dan berat satay untuk pengetahuaan korang satay disini akan di timbang terlebih dahulu sebelum di jual kepada pelanga, dengan makan 5 satay je dah buat korang rasa macam makan nasi 1 pinggan taw. meh kita tengok kat bawah pulak.


ini adalah dapur mereka jadi kita boleh lihat bagaimana makanan kita dihidang dan sepanjang makanan kami di hidang setakat ini semuanya bersih dan kemas taw. 



time ini kami kena beratur untuk membuat pesanan, panjang gila nasip kami sempat kalau tak satay habis hahahah, macam manalah aku tak gemok tak habis-habis  makan je kerjanya hahaha 😂
dekat sini mereka utamakan kebersihan walaupun pelangan yang tak putus-putus yang datang taw. 


jumpa kami di tempat yang seterusnya okey bye..  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan