Rabu, 7 Februari 2018

SECRET RESEPI

Assalammulaikum dan salam sejahtera kepada semua ...

untuk blog kali ini lisa dengan kawan-kawan telah pergi ke sebuah kedai makan yang bernama secret resepi yang terletak di aeon mall shah alam. Ramai yang ingat secret resepi ini hanya ada kek je tak sebenarnya di secret resepi mempunyai hidangan yang perbagai dari breakfast item hingga dinner. selain itu, cara layanan  setiap staff amat lah berpuas hati dengan ucapan selamat datang dan ucapan terima kasih kepada ke semua costumer yang datang, contoh layanan daripada semua staf amat lah peramah dan berbudi bahasa . jom kita tengok suasana secret resepi yang lisa cakap tu..


ini adalah secret resepi pada bahagian luar jom.. kita masuk dalam kedai ini kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi..



Wow banyaknya kek yang sedap-sedapkan 😁😁😁. bagi yang pengemar kek boleh datang ke secret resepi .. korang mesti nk tahukan macam mana bila kita nak membuat pesanankan ? sebenarnya di secret resepi ini terdapat 2 cara untuk membuat pesanan sama ada untuk membuat pesanan di kaunter atau menunggu di meja makan sahaja, kat sini korang boleh pilih perbagai kek-kek yang sedap. mesti korang nak tahukan kek apa yang lisa makankan ? jom tengok bawah.

 

Ini lisa dengan kawan-kawan tengah tunggu kek kami sampai sebelum makan kita bergambar dulu. hehe 😂😂😂 kalau korang nak tahu suasana di secret resepi teramat-amat lah bersih sampai satu habuk pun susah lisa nak nampak dan cara hiasan kedai pun menarik sangat meskipun kedai tak lah besar mana tapi kami rasa selesa walaupun ramai pelangan yang datang. Jom tengok bawah lagi.



yeayy makanan yang dipesan dah sampai maaf lah muka tengah lapar terus ambil air nak minum haha.. 😂😂😂 staf di sini bukan sahaja hantar makanan yang dipesan tapi mereka jugak akan cakap benda yang susah lisa dengar dimana-mana kedai makanan yang lain, nak tahu tak apa dia ? mereka akan cakap selamat menikmati makanan anda..mungkin kat sesetengah kedai yang menghidangkan makana ada cakap tapi ada yang tak kan cakap sebab malu mungkin takut tersalah cakap atau tersasulkan ? jom tengok yang seterusnya .


 Haa ini lah kek yang lisa makan 💖😜 tengok je dah sedapkan, nama kek ini ialah chocolate chip walnut. Mana kala, harga satu kek ialah RM 98.00  ringgit, kalau yang sepotong macam lisa beli tu harga dia hanya RM 10.60 sahaja, murahkan bukan itu sahaja terdapat perbagai jenis kek lain untuk korang cuba contohnya dibawah ini.


sedapkan, korang mesti pelikkan kenapa kek itu tak rosak dan kenapa diletakkan disitu bukannya dipeti sejuk ? sebenarnya kesemua kek itu bukannya kek yang dah lama dibuat tetapi semua kek baru saje dibuat dan diletakkan disitu agar dapat menarik perhatian pelangan dan  mengekalkan sudu yang sesuai. Jom sebelum lisa lupa lisa nak tunjuk korang menu yang ada kt secret resepi , jom-jom.


ini lah jenis-jenis minuman yang korang boleh pesan dan harga disini semua berpatutan. 



sedapkan hehehe 😀😁 jadi tunggu apa lagi jomlah kita pergi secret resepi yang botol hijau tu lisa tak tahu apa bendanya . 


habis sudah jalan-jalan kita di secret resepi jom ikut lisa ke tempat yang seterusnya. 
 nak tahu kat mana lisa pergi lagi jom.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan