Ahad, 25 Februari 2018

SEKOLAH

Assalamulaikum korang lisa nak bawak korang ke tempat yang terakhir,
ialah sekolah asik jalan-jalan je jom kita tengok macam mana kantin sekolah menyediakan 
berkalan makanan jom. 

Hasil carian imej untuk smk taman sri muda

ini lah sekolah yang lisa cakap tu SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN SRI MUDA.
  jom kita tengok bagaimana cara sekolah ini menyediakan perhikmatan makanan kepada murid-murid.

Hasil carian imej untuk smk taman sri muda

ini kantin yang berada disekolah menegah kebangsaan taman sri muda dekat sini murid-murid akan
beratur untuk membeli makanan yang disediakan oleh pihak kantin sekolah dan guru-guru akan menjamu selera di bahagian dalam kantin.

Imej yang berkaitan

ini adalah tempat dimana pelajar akan menjamu selera, disini kantin mereka kelihatan kemas dan selesa. hal ini, jugak dapat mengelakkan murid-murid daripada terkena keracunan makana dan sebagainya. jom kita tengok kat bawah apa lagi yang mereka jual. 

Hasil carian imej untuk kantin sekolah

ini adalah dari sudut tepi kantin mereka akan menjual kepada semua murid, kalau korang nampak macam-macam jenis jualan bukan sahaja kuah tapi perbagai jenis lagi makanan.
beruntung budak-budak ini semua benda ada depan mata haha 😂. setakat ini sahaja pengambaraan kita di sekolah smk taman sri muda ini jumpa lagi bye. 

HOSPITAL KERAJAAN DAN HOSPITAL SWASTAR


assalammulaikum hye korang , kali ini lisa nak bawak korang pergi ke hospital kerajaan dan hospital swastar. korang mesti pelikkan kenapa kali ini kita pergi ke hospital pulak? okey korang tahu tak 
kenapa cafe atau kantin di hospital swastar dan kerajaan tak sama ? nak tahu lebih lanjut jom kita tengok kat bawah ada apa jom-jom.


sekarang kami berada di hospital shah alam, hospital ini adalah hospital kerajaan yang baling besar di sini taw kami nak cari kantin pun sampai sesat. Jom kita tengok lisa buat apa pulak kali ini kat hospital jom-jom.


ini lah kantin hospital di shah alam kecil je pintu dia jom kita tengok ada apa kat dalam ini.  kebanyakkan pengujung disini akan merasa makan-makanan macam pesakit.

ini adalah hidangan bufir mereka dan disini korang akan dilayan dengan mesra dan harga setia makanan amat lah murah. terdapat perbagai hitang seperti lauk-lauk dan buah-buahan.


ini adalah servis makanan yang berada di hospital. in adalah kantin di hospital kerajaan jom  kita tengok pulak hospital swastar macam mana cafe mereka.

Hasil carian imej untuk hospital ppum

ini adalah hospital swastar yang terletak di petaling jaya . nama hospital ini adalah hospital ppum. jom kita tengok kantin disini macam mana, jom-jom.

Imej yang berkaitan

okey ini adalah kantin dihospital swastar, hospital ppum yang terletak di petaling jaya
hospital ini banyak mengunakan perhikmatan layan diri disebabkan perkerja yang berkurangan akan tetapi disini kawasan tempat makanan yang selesa dan bersih dapat menarik perhatian pelangan untuk berkunjung tapi kami tidak dibenarkan untuk ambil gambar sebenarnya jadi cua setakat ini sahaja. jumpa lagi di tempat yang seterusnya okey.





RNR SUNGAI BULOH


Assalammulaikum hyea korang kali ini lisa nak bawak korang pergi makan kat
RNR sungai buloh.


korang mesti pernah dengar sate kajangkan tapi dekat sini sate kajang dia sedap gila sampai kami  terpaksa beratur panjang dan bukan senang korang nak dapatkan sate kajang di RNR,
tetapi sate kajang ini berada di RNR sungai buloh je taw nak tahu lagi lanjut jom kita tengok kat bawah lagi.


kalau korang nampak dekat dalam rak besi itu mereka akan menyimpan makanan yang telah dihantar daripada kilang dan diletakkan disitu untuk dihidangkan kepada setiap pelangan yang lain.


bukan sahaja sate taw yang ada kat sini nasi impit dengan kuah kacang pun ada lepas ini tak payah dah tunggu hari raya terus datang sini


sebelum makanan sampai kita bergambar dulu, kalau korang nak tahu dekat sini sate dia satu cucuk baru sahaja 0.98 sen taw kira kami makan tak sampai 20 riggit pun. 


makanan kami dah sampai tengok tu semua tak sabar nak makan hahaha 😅, dekat sini korang boleh rasa sate ayam , daging , rusa dan arnab pun ada taw, tapi kami cuma ambil sate ayam jelah sebab kawan kami ada yang india jadi kami kena hormat kepercayaan mereka. nak tahu lagi jom kita tengok kat bawah lagi 


ini menu satay banyakkan , siap dengan harga dan berat satay untuk pengetahuaan korang satay disini akan di timbang terlebih dahulu sebelum di jual kepada pelanga, dengan makan 5 satay je dah buat korang rasa macam makan nasi 1 pinggan taw. meh kita tengok kat bawah pulak.


ini adalah dapur mereka jadi kita boleh lihat bagaimana makanan kita dihidang dan sepanjang makanan kami di hidang setakat ini semuanya bersih dan kemas taw. 



time ini kami kena beratur untuk membuat pesanan, panjang gila nasip kami sempat kalau tak satay habis hahahah, macam manalah aku tak gemok tak habis-habis  makan je kerjanya hahaha 😂
dekat sini mereka utamakan kebersihan walaupun pelangan yang tak putus-putus yang datang taw. 


jumpa kami di tempat yang seterusnya okey bye..  

Sabtu, 24 Februari 2018

WARONG VIRAL


Assalammulaikum, hai korng kali ini lisa nak bawak korang ke sesuatu tempat yang seronok tau kat sini korang boleh cuba makanan pisang goring cheeses dan macam-macam lagi jom kita 
tengok macam mana pisang goring yang lisa cakapkan tu jom. 


ini dia kedai yang lisa cakap tu kedai KUAH. Kedai ini terletak di shah alam seksyen 13, korang mesti pelikkan kenapa kedai ini nama dia kueh, okey nama kedai ini kueh sebab kedai kueh ini sebenarnya adalah kace hipster yang mendapat sambutan ramai oleh pihak publik. jom kita tengok apa yang ada disini 


ini adalah kedai yang akan membuat pisang goring. mesti korang tertanyakan kenapa pisang goring ini di jual luar kedai. hal ini untuk mengelakkan pisang dari cepat rosak dan mengelakan bahan untuk masak menjadi sejuk . 


ini adalah proses bagaimana pisang dibuat dan dimasak sebelum di hantar kepada pelangan,  untuk pengetahuan korang pisang yang dijual di sini bukan pisang goring biasa taw tapi ada perisa contohnya, pisang chocolate, cheeses dan banyak lagi.   


ini adalah kakak munirah yang buat pisang cheeses dan chocolate yang lisa pesan tadi, sebaik sahaja pesanan korang sampai korang boleh terus bayar kepada kak munirah ini harga satu kotak kecil 7.00 ringgit , kalau kotak yang besar harganya 30.00 ringgit. haraga pun semua berpatutankan jadi tunggu apa lagi jom  kita makan. 


ini lah pisang chocolate dan pisang cheeses 😁😋 korang tengok pun dah terliurkan jadi jom kita makan. dekat kueh ini bukan sahaja ada pisang goring je tapi ada perbagai lagi jenis masakan daripada breakfist hingga ke dinner jadi korang boleh terai pwebagai jenis-jenis makana yang lain lagi .. 

jemput makan , kita jumpa kat tempat yang seterusnya okey bye.  

Rabu, 7 Februari 2018

SECRET RESEPI

Assalammulaikum dan salam sejahtera kepada semua ...

untuk blog kali ini lisa dengan kawan-kawan telah pergi ke sebuah kedai makan yang bernama secret resepi yang terletak di aeon mall shah alam. Ramai yang ingat secret resepi ini hanya ada kek je tak sebenarnya di secret resepi mempunyai hidangan yang perbagai dari breakfast item hingga dinner. selain itu, cara layanan  setiap staff amat lah berpuas hati dengan ucapan selamat datang dan ucapan terima kasih kepada ke semua costumer yang datang, contoh layanan daripada semua staf amat lah peramah dan berbudi bahasa . jom kita tengok suasana secret resepi yang lisa cakap tu..


ini adalah secret resepi pada bahagian luar jom.. kita masuk dalam kedai ini kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi..



Wow banyaknya kek yang sedap-sedapkan 😁😁😁. bagi yang pengemar kek boleh datang ke secret resepi .. korang mesti nk tahukan macam mana bila kita nak membuat pesanankan ? sebenarnya di secret resepi ini terdapat 2 cara untuk membuat pesanan sama ada untuk membuat pesanan di kaunter atau menunggu di meja makan sahaja, kat sini korang boleh pilih perbagai kek-kek yang sedap. mesti korang nak tahukan kek apa yang lisa makankan ? jom tengok bawah.

 

Ini lisa dengan kawan-kawan tengah tunggu kek kami sampai sebelum makan kita bergambar dulu. hehe 😂😂😂 kalau korang nak tahu suasana di secret resepi teramat-amat lah bersih sampai satu habuk pun susah lisa nak nampak dan cara hiasan kedai pun menarik sangat meskipun kedai tak lah besar mana tapi kami rasa selesa walaupun ramai pelangan yang datang. Jom tengok bawah lagi.



yeayy makanan yang dipesan dah sampai maaf lah muka tengah lapar terus ambil air nak minum haha.. 😂😂😂 staf di sini bukan sahaja hantar makanan yang dipesan tapi mereka jugak akan cakap benda yang susah lisa dengar dimana-mana kedai makanan yang lain, nak tahu tak apa dia ? mereka akan cakap selamat menikmati makanan anda..mungkin kat sesetengah kedai yang menghidangkan makana ada cakap tapi ada yang tak kan cakap sebab malu mungkin takut tersalah cakap atau tersasulkan ? jom tengok yang seterusnya .


 Haa ini lah kek yang lisa makan 💖😜 tengok je dah sedapkan, nama kek ini ialah chocolate chip walnut. Mana kala, harga satu kek ialah RM 98.00  ringgit, kalau yang sepotong macam lisa beli tu harga dia hanya RM 10.60 sahaja, murahkan bukan itu sahaja terdapat perbagai jenis kek lain untuk korang cuba contohnya dibawah ini.


sedapkan, korang mesti pelikkan kenapa kek itu tak rosak dan kenapa diletakkan disitu bukannya dipeti sejuk ? sebenarnya kesemua kek itu bukannya kek yang dah lama dibuat tetapi semua kek baru saje dibuat dan diletakkan disitu agar dapat menarik perhatian pelangan dan  mengekalkan sudu yang sesuai. Jom sebelum lisa lupa lisa nak tunjuk korang menu yang ada kt secret resepi , jom-jom.


ini lah jenis-jenis minuman yang korang boleh pesan dan harga disini semua berpatutan. 



sedapkan hehehe 😀😁 jadi tunggu apa lagi jomlah kita pergi secret resepi yang botol hijau tu lisa tak tahu apa bendanya . 


habis sudah jalan-jalan kita di secret resepi jom ikut lisa ke tempat yang seterusnya. 
 nak tahu kat mana lisa pergi lagi jom.



Selasa, 30 Januari 2018

PENGENALAN


Nama saya siti nor haliza binti mustaffa , saya berusia 19 tahun . saya buat blog ini adalah sekadar untuk mekongsikan pengalaman saya dalam bidang makanan. Hal ini, kerana saya seorang pelajar kulinari yang belajar di msu college disini baru saya tahu bagaimana cara-cara untuk menyediakan makanan selain daripada makanan tempatan. 

kita semua tahu makanan adalah penting untuk kita dan makanan jugak dapat  mengelakkan daripada terkena sebarang penyakit dan pengambilan makanan jugak perlulah mengikut jadual yang betul . contohnya, pengambilan makanan haruslah tepat pada masanya dan pengambilan makanan hendaklah betul. tipu lah kalau ada yang tak suka makankan.. 

Saya buat blog ini untuk mengkongsikan pengalaman saya dalam bidang makanan . kalau nak tahu lagi tentang isu makanan mehh.. ramai kita tengok blog ini dengan post2 yang seterusnya. Byee...